Kejadian 2:1-9 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Dengan demikian selesailah penciptaan seluruh alam semesta.

2. Pada hari yang ketujuh, Allah menyelesaikan pekerjaan-Nya, lalu Dia berehat.

3. Allah memberkati hari yang ketujuh dan menjadikan hari itu sebagai hari istimewa, kerana pada hari itu Allah berehat setelah menyelesaikan pekerjaan-Nya.

4. Demikianlah riwayat penciptaan alam semesta.Pada masa TUHAN Allah menciptakan alam semesta,

5. belum ada benih yang bercambah dan belum ada tumbuh-tumbuhan di atas bumi, kerana Allah belum menurunkan hujan dan belum ada orang yang mengusahakan tanah,

6. tetapi air keluar dari bawah permukaan bumi dan mengairi tanah.

7. Kemudian TUHAN Allah mengambil sedikit tanah dan membentuk manusia, lalu menghembuskan nafas yang memberi hidup ke dalam lubang hidungnya; maka hiduplah manusia itu.

8. Selanjutnya TUHAN Allah membuat taman di Eden, di sebelah timur, lalu menempatkan manusia yang sudah dibentuk-Nya itu di situ.

9. Di taman itu TUHAN Allah menumbuhkan segala jenis pokok yang cantik, yang menghasilkan buah-buahan baik. Di tengah-tengah taman itu tumbuh juga pokok yang memberi hidup, dan pokok yang memberi pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat.

Kejadian 2