Kejadian 17:7-20 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

7. Aku akan menepati janji-Ku kepadamu serta keturunanmu turun-temurun, dan perjanjian itu abadi. Aku akan menjadi Allahmu dan Allah keturunanmu.

8. Aku akan memberikan tanah ini kepadamu dan keturunanmu; tanah yang sekarang engkau diami sebagai orang asing. Seluruh tanah Kanaan akan menjadi kepunyaan keturunanmu selama-lamanya, dan Aku akan menjadi Allah mereka.”

9. Allah berfirman lagi kepada Abraham, “Engkau juga mesti bersetuju untuk setia kepada perjanjian itu, engkau dan keturunanmu turun-temurun.

10. Engkau dan semua keturunanmu yang lelaki mesti disunat.

13. Tiap-tiap lelaki mesti disunat; sunat ini akan menjadi tanda jasmani yang menunjukkan bahawa perjanjian-Ku dengan engkau itu abadi.

14. Setiap lelaki yang tidak disunat tidak dianggap anggota umat-Ku kerana dia tidak berpegang pada perjanjian itu.”

15. Kemudian Allah berfirman kepada Abraham, “Jangan lagi panggil isterimu Sarai; mulai sekarang namanya Sara.

16. Aku akan memberkati dia dan mengurniai engkau seorang anak lelaki yang akan dilahirkan oleh Sara. Aku akan memberkati Sara, dan dia akan menjadi ibu bangsa-bangsa. Di kalangan keturunannya akan ada raja-raja.”

17. Abraham bersujud, tetapi dia tertawa ketika berfikir, “Mana mungkin seorang lelaki yang sudah berumur seratus tahun mendapat anak? Mana mungkin Sara melahirkan anak setelah berumur sembilan puluh tahun?”

18. Oleh itu dia berkata kepada Allah, “Lebih baik Ismael saja yang menjadi warisku.”

19. Tetapi Allah berfirman, “Tidak. Isterimu Sara akan melahirkan seorang anak lelaki untukmu dan engkau akan menamakan dia Ishak. Aku akan setia kepada perjanjian-Ku dengan anak itu dan dengan keturunannya selama-lamanya; perjanjian itu abadi.

20. Aku sudah mendengar permintaanmu untuk Ismael. Oleh itu Aku akan memberkati dia dan memberi dia banyak anak dan keturunan. Dia akan menjadi nenek moyang dua belas ketua suku, dan Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang besar.

Kejadian 17