Kejadian 15:1-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Selepas itu, Abram mendapat penglihatan dan mendengar TUHAN berfirman kepadanya, “Jangan takut, Abram. Aku akan melindungi engkau daripada bahaya dan memberikan pahala yang besar kepadamu.”

2. Tetapi Abram berkata, “Ya TUHAN Raja, apakah gunanya pahala itu bagiku kerana aku tidak mempunyai anak? Orang yang akan mewarisi hartaku hanya Eliezer, hambaku dari Damsyik.

3. Engkau tidak mengurniakan anak kepadaku. Oleh itu yang mewarisi hartaku hanya seorang daripada hambaku.”

4. Kemudian Abram mendengar TUHAN berfirman lagi kepadanya, “Hamba itu tidak akan mewarisi hartamu, melainkan anak lelakimu sendiri.”

5. TUHAN membawa Abram ke luar lalu berfirman, “Pandanglah ke langit dan cubalah hitung bintang; engkau akan mempunyai keturunan sebanyak bintang.”

6. Abram percaya kepada TUHAN, maka TUHAN berkenan kepadanya.

7. Kemudian TUHAN berfirman lagi kepada Abram, “Akulah TUHAN yang sudah memimpin engkau keluar dari Ur di negeri Babilonia, untuk memberikan tanah ini kepadamu supaya menjadi milikmu.”

8. Tetapi Abram bertanya, “Ya TUHAN Raja, bagaimana aku dapat mengetahui bahawa tanah ini akan menjadi milikku?”

Kejadian 15