Kejadian 13:5-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. Lot, yang mengikut Abram, juga mempunyai keluarga sendiri dan hamba, domba, kambing, serta lembu.

6. Padang rumput di situ tidak cukup bagi mereka tinggal bersama-sama, kerana mereka mempunyai ternakan yang sangat banyak.

7. Oleh sebab itu pertengkaran berlaku antara para gembala Abram dan para gembala Lot. (Pada masa itu orang Kanaan dan orang Feris masih tinggal di tanah itu.)

Kejadian 13