1. Abram meninggalkan Mesir lalu pergi ke arah utara, menuju ke bahagian selatan tanah Kanaan bersama dengan isterinya serta segala miliknya; Lot juga mengikut Abram.
2. Abram kaya raya; dia mempunyai domba, kambing, lembu, dan juga emas serta perak.
3. Kemudian dia meninggalkan tempat itu dan pergi dari satu tempat ke tempat yang lain, menuju ke Betel. Dia tiba di daerah di antara Betel dan Ai, tempat dia berkhemah
4. dan mendirikan mazbah dahulu. Dia menyembah TUHAN di situ.
5. Lot, yang mengikut Abram, juga mempunyai keluarga sendiri dan hamba, domba, kambing, serta lembu.
6. Padang rumput di situ tidak cukup bagi mereka tinggal bersama-sama, kerana mereka mempunyai ternakan yang sangat banyak.