8. Demikianlah TUHAN mencerai-beraikan mereka ke seluruh bumi. Maka mereka berhenti membina kota itu.
9. Kota itu dinamakan Babel kerana di situlah TUHAN mengacau bahasa manusia, dan dari situlah TUHAN mencerai-beraikan manusia ke seluruh bumi.
10. Inilah keturunan Sem. Dua tahun selepas banjir itu, ketika Sem berumur 100 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Arpakhsad.
11. Selepas itu, Sem hidup selama 500 tahun lagi dan mendapat anak-anak lain.
12. Ketika Arpakhsad berumur 35 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Selah.
13. Selepas itu Arpakhsad hidup selama 403 tahun lagi dan mendapat anak-anak lain.
14. Ketika Selah berumur 30 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Eber.
15. Selepas itu Selah hidup selama 403 tahun lagi dan mendapat anak-anak lain.
16. Ketika Eber berumur 34 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Peleg.
17. Selepas itu Eber hidup selama 430 tahun lagi dan mendapat anak-anak lain.
18. Ketika Peleg berumur 30 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Reu.
19. Selepas itu Peleg hidup selama 209 tahun lagi dan mendapat anak-anak lain.
20. Ketika Reu berumur 32 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Serug.
21. Selepas itu Reu hidup selama 207 tahun lagi dan mendapat anak-anak lain.
22. Ketika Serug berumur 30 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Nahor.