1. Pada mulanya, orang di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka menggunakan kata-kata yang sama.
2. Apabila mereka mengembara ke sebelah timur, mereka tiba di suatu dataran di Babilonia, lalu menetap di situ.
3. Mereka bercakap sesama sendiri, “Mari kita membuat batu bata dan membakarnya sampai keras.” Demikianlah mereka mempunyai batu bata untuk dijadikan bahan binaan, serta tar sebagai bahan pelekat.
4. Mereka berkata, “Mari kita bina kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai-cerai di seluruh bumi.”
5. Kemudian TUHAN turun untuk melihat kota dan menara yang dibina oleh manusia.
6. Dia berfirman, “Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan hal ini baru permulaan rancangan mereka. Tidak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa sahaja yang dikehendaki mereka.
7. Marilah Kita turun dan kacau bahasa mereka supaya mereka tidak memahami satu sama lain.”
8. Demikianlah TUHAN mencerai-beraikan mereka ke seluruh bumi. Maka mereka berhenti membina kota itu.
9. Kota itu dinamakan Babel kerana di situlah TUHAN mengacau bahasa manusia, dan dari situlah TUHAN mencerai-beraikan manusia ke seluruh bumi.
10. Inilah keturunan Sem. Dua tahun selepas banjir itu, ketika Sem berumur 100 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Arpakhsad.
11. Selepas itu, Sem hidup selama 500 tahun lagi dan mendapat anak-anak lain.
12. Ketika Arpakhsad berumur 35 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Selah.