Kejadian 10:9-26 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. Dengan pertolongan TUHAN, Nimrod menjadi seorang pemburu yang ulung. Oleh itu orang berkata, “Semoga TUHAN menjadikan kamu pemburu yang ulung seperti Nimrod.”

10. Mula-mula kerajaan Nimrod meliputi Babel, Erekh, dan Akad, yang semuanya di Babilonia.

11. Dari sana, Nimrod pergi ke Asyur lalu membina kota Niniwe, Rehobot-Ir, Kalah,

12. dan Resen, yang terletak di antara Niniwe dan Kalah, sebuah kota yang besar.

13. Keturunan Mesir ialah penduduk Lidia, Anamim, Lehabim, Naftuhim,

14. Patrusim, Kasluhim, dan Kaftorim, nenek moyang bangsa Filistin.

15. Anak Kanaan ialah Sidon yang sulung, dan Het.

16. Kanaan juga nenek moyang orang Yebusi, Amori, Girgasi,

17. Hewi, Arki, Sini,

18. Arwadi, Semari, dan Hamati. Keturunan suku-suku Kanaan itu terserak jauh

19. sampai ke sempadan negeri mereka dan meluas dari Sidon ke selatan menuju Gerar, sampai ke Gaza, dan ke timur menuju Sodom, Gomora, Adma, dan Zeboim, sampai ke Lasa.

20. Mereka semua keturunan Ham. Setiap suku tinggal di negeri masing-masing dan mempunyai bahasa sendiri.

21. Sem, abang Yafet, ialah nenek moyang semua orang Ibrani.

22. Inilah anak-anak Sem: Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, dan Aram.

23. Keturunan Aram ialah penduduk Us, Hul, Geter, dan Mas.

24. Arpakhsad bapa Selah, dan Selah bapa Eber.

25. Eber mempunyai dua orang anak lelaki; yang pertama dinamakan Peleg, kerana pada zamannya penduduk dunia terbahagi-bahagi. Anak yang kedua bernama Yoktan.

26. Keturunan Yoktan ialah penduduk Almodad, Selef, Hazarmawet, Yerah,

Kejadian 10