Kejadian 10:21-31 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

21. Sem, abang Yafet, ialah nenek moyang semua orang Ibrani.

22. Inilah anak-anak Sem: Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, dan Aram.

23. Keturunan Aram ialah penduduk Us, Hul, Geter, dan Mas.

24. Arpakhsad bapa Selah, dan Selah bapa Eber.

25. Eber mempunyai dua orang anak lelaki; yang pertama dinamakan Peleg, kerana pada zamannya penduduk dunia terbahagi-bahagi. Anak yang kedua bernama Yoktan.

26. Keturunan Yoktan ialah penduduk Almodad, Selef, Hazarmawet, Yerah,

27. Hadoram, Uzal, Dikla,

28. Obal, Abimael, Syeba,

29. Ofir, Hawila, dan Yobab. Mereka semua keturunan Yoktan.

30. Daerah tempat tinggal mereka meluas dari Mesa ke Sefar, kawasan pergunungan di sebelah timur.

31. Mereka semua keturunan Sem. Setiap suku tinggal di negeri masing-masing dan mempunyai bahasa sendiri.

Kejadian 10