1. Inilah keturunan Sem, Yafet, dan Ham, anak-anak Nuh. Selepas banjir itu, ketiga-tiga mereka mendapat anak lelaki.
2. Inilah anak-anak Yafet: Gomer, Magog, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh, dan Tiras.
3. Keturunan Gomer ialah penduduk Askenas, Rifat, dan Togarma.
4. Keturunan Yawan ialah penduduk Elisa, Sepanyol, Siprus, dan Rodes.
5. Mereka nenek moyang orang yang tinggal di sepanjang pantai dan di pulau-pulau. Mereka semua keturunan Yafet. Setiap suku tinggal di negeri masing-masing, dan mempunyai bahasa sendiri.
6. Inilah keturunan Ham: Kus, Mesir, Libia, dan Kanaan.
7. Keturunan Kus ialah penduduk Seba, Hawila, Sabta, Raema, dan Sabtekha. Keturunan Raema ialah penduduk Syeba dan Dedan.