1. Pada mulanya, ketika Allah mula menciptakan alam semesta,
2. bumi belum berbentuk dan masih kacau-bilau. Samudera yang bergelora, yang menutupi segala sesuatu, diliputi oleh kegelapan yang pekat, tetapi kuasa Allah bergerak di atas permukaan air.
3. Allah berfirman, “Hendaklah ada cahaya,” lalu cahaya pun ada.
4. Allah berpuas hati melihat hal itu. Kemudian Dia mengasingkan cahaya daripada kegelapan.
5. Dia menamakan cahaya itu “Siang” dan kegelapan itu “Malam”. Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang pertama.
8. Allah menamakan kubah itu “Langit”. Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang kedua.
9. Kemudian Allah berfirman, “Hendaklah air yang ada di bawah langit mengalir ke satu tempat agar tanah kelihatan.” Lalu hal itu berlaku.
10. Allah menamakan tanah itu “Darat” dan kumpulan air itu “Laut”. Allah berpuas hati melihat hal itu.
11. Allah berfirman lagi, “Hendaklah tanah mengeluarkan segala jenis tumbuh-tumbuhan, iaitu jenis yang menghasilkan biji-bijian dan jenis yang menghasilkan buah.” Lalu hal itu berlaku.
12. Demikianlah tanah mengeluarkan segala jenis tumbuh-tumbuhan. Allah berpuas hati melihat hal itu.
13. Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang ketiga.
14. Kemudian Allah berfirman, “Hendaklah ada benda-benda terang di langit untuk memisahkan siang daripada malam, dan untuk menunjukkan permulaan hari, tahun, serta perayaan agama.
15. Benda-benda terang itu akan bersinar di langit untuk menerangi bumi.” Lalu hal itu berlaku.
16. Demikianlah Allah menjadikan dua benda terang yang besar, iaitu matahari untuk menguasai siang dan bulan untuk menguasai malam; selain itu Dia juga menjadikan bintang-bintang.
17. Allah menempatkan benda-benda terang itu di langit untuk menerangi bumi,
18. untuk menguasai siang serta malam, dan untuk mengasingkan cahaya daripada kegelapan. Allah berpuas hati melihat hal itu.