1. Kekuatannya meluas ke seluruh dunia dan segala sesuatu diaturnya dengan baik.
2. Aku mencintai kebijaksanaan dan mencarinya sejak masa mudaku. Kucintai keindahannya dan ingin menjadikannya mempelaiku.
3. Kebijaksanaan membanggakan asal usulnya yang mulia kerana bergaul dengan Allah, dan dikasihi Tuhan yang menguasai segala-galanya.
4. Kebijaksanaan tahu akan rahsia-rahsia Allah dan ikut menentukan setiap karya Tuhan.
5. Setiap orang ingin mengumpulkan kekayaan dalam hidupnya. Tetapi tidak ada yang lebih berharga daripada kebijaksanaan yang mengerjakan segala sesuatu.
6. Kepintaran kita sangat berguna. Tetapi tidak ada yang lebih unggul daripada kebijaksanaan yang membentuk segala yang ada.
7. Jika seseorang mencintai keadilan, maka semua kebajikan itu hasil kebijaksanaan, yakni: keadilan dan keberanian, penguasaan diri dan pengertian. Itulah yang paling berguna dalam hidup ini.
8. Orang yang menginginkan pengalaman yang banyak dapat memperolehnya, oleh sebab kebijaksanaan tahu akan yang dahulu dan menduga yang akan datang, mentafsirkan perkataan orang dan memecahkan persoalan, mengetahui keajaiban-keajaiban yang akan dilakukan Allah, dan bagaimana sejarah akan berkembang.
9. Oleh itu aku memutuskan untuk menjadikannya teman hidupku, kerana aku tahu bahawa kebijaksanaan akan menasihati dan menghibur aku dalam kesengsaraan dan kesusahan.
10. Berkat kebijaksanaan, aku akan dihormati oleh rakyat dan dihargai di kalangan orang tua-tua walaupun aku masih muda.
11. Akan nyata betapa tajamnya fikiranku dalam memberikan keputusan, dan aku akan dikagumi oleh para pembesar.