4. Aku dibedung dengan kain dan dipelihara dengan kasih sayang.
5. Tidak ada raja yang mempunyai permulaan hidup yang berbeza,
6. oleh sebab jalan masuk dan keluar kehidupan adalah satu dan sama bagi semua orang.
7. Maka aku berdoa dan diberi pengertian; aku mohon dan roh kebijaksanaan dicurahkan ke dalam hatiku.
8. Aku lebih menghargainya daripada takhta dan mahkota. Dibandingkan dengan kebijaksanaan, harta kuanggap tidak bernilai.
9. Permata yang mahal tidak dapat disamakan dengannya; di hadapannya semua emas di dunia hanya segenggam pasir, dan perak hanya lumpur.
10. Aku menganggapnya lebih berharga daripada kesihatan dan rupa yang tampan. Aku lebih menyukainya daripada segala cahaya, kerana terang kebijaksanaan tidak pernah pudar.
11. Bersama kebijaksanaan kuperoleh segala harta; kebijaksanaan mendatangkan kekayaan berlimpah bagiku.
12. Dengan gembira kuterima semua itu kerana kebijaksanaanlah yang mengaturnya. Tetapi aku belum sedar bahawa semua itu berasal daripadanya.
13. Dengan tulus ikhlas aku belajar daripadanya, dan dengan rela aku membahagi-bahagikannya, dan kekayaannya tidak kusembunyikan.
14. Kebijaksanaan ialah harta yang tidak ada habisnya. Orang yang menggunakannya menjadi sahabat Allah, oleh sebab Allah berkenan kepada hasil kebijaksanaan.
15. Semoga Allah membolehkan aku bercakap dengan pengertian, dan fikiranku sesuai dengan pemberian-Nya kepadaku, kerana Allah sendiri menuntun orang bijaksana dan menegur kesalahan mereka,