Kebijaksanaan Salomo 3:1-9 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Tetapi orang baik dilindungi Allah dan tidak akan ditimpa seksaan.

2. Sangka orang bodoh mereka mati, dan kematian mereka dianggap malapetaka.

3. Kepergian mereka daripada kita dianggap kehancuran, tetapi mereka ada dalam ketenteraman.

4. Walaupun menurut pandangan manusia mereka diseksa, namun harapan mereka penuh pada kehidupan kekal.

5. Sesudah diseksa sebentar, mereka mendapat anugerah besar, oleh sebab Allah hanya menguji mereka dan mendapati mereka layak bagi diri-Nya.

6. Dia menguji mereka seperti emas di dalam dapur api, lalu menerima mereka seperti korban yang menyenangkan hati-Nya.

7. Apabila Allah datang melindungi mereka, cahaya mereka akan berpijar dan membakar orang jahat seperti bunga api di ladang jerami.

8. Orang baik akan memerintah bangsa-bangsa, dan Tuhan menjadi raja mereka untuk selama-lamanya.

9. Orang yang percaya kepada Allah akan mengerti bahawa semua jalan Allah benar. Orang yang setia hidup dalam kasih Allah oleh sebab Dia berbelas kasihan dan murah hati kepada orang pilihan-Nya.

Kebijaksanaan Salomo 3