3. Apabila api itu padam, badan kita hancur menjadi debu dan roh kita tersebar seperti udara.
4. Lambat-laun perbuatan kita dilupakan dan nama kita hilang daripada ingatan. Hidup kita berlalu seperti jejak awan atau kabut yang lenyap dalam panas matahari.
5. Masa hidup kita seperti bayangan yang berlalu. Kita tidak mungkin kembali dari alam maut, kerana hal itu sudah dimeteraikan dan tiada jalan kembali.”
6. Orang jahat berkata, “Mari kita nikmati segala yang baik dalam hidup ini dan cepat manfaatkan semua yang tersedia di dunia seperti pada masa muda kita.
7. Mari kita minum wain yang mahal dan pakai minyak wangi sepuas-puasnya; jangan tinggalkan sekuntum bunga pun pada musim semi.
8. Mari kita rangkai bunga mawar untuk hiasan kepala selagi masih kuncup dan belum layu.
9. Baiklah kita semua ikut berpesta pora dan meninggalkan tanda-tanda kegembiraan di mana-mana; itulah hak dan bahagian kita!”
10. Orang jahat berkata, “Mari kita tindas orang miskin yang baik; jangan kasihani balu dan jangan pedulikan orang tua.
11. Kerana kita kuat, kitalah yang benar. Orang lemah jelas tidak berguna.
12. Mari kita cari kesempatan untuk menyingkirkan orang baik, kerana mereka mengganggu kita dan menentang perbuatan kita. Kita dituduh melanggar Taurat Musa dan dicela kerana menyalahkan pendidikan kita.
13. Katanya mereka mengenali Allah dan mereka mengaku diri anak Tuhan.
14. Bagi kita mereka merupakan celaan atas fikiran kita; melihat mereka saja sudah berat rasanya.
15. Hal itu demikian kerana mereka tidak seperti orang biasa; segala tingkah laku mereka aneh.