18. Kalau orang baik itu sungguh anak Allah, pasti Allah menolong dan menyelamatkan mereka daripada kekuasaan musuh.
19. Oleh itu, mari kita cubai mereka dan kita seksa mereka dengan kejam supaya kita tahu setakat mana kelembutan dan kesabaran hati mereka.
20. Mari kita jatuhi mereka dengan hukuman mati yang memalukan, oleh sebab mereka berkata bahawa Allah pasti datang menolong mereka!”
21. Begitulah fikiran orang jahat, tetapi mereka sesat kerana dibutakan oleh kejahatan mereka sendiri.
22. Mereka tidak mengenal rahsia-rahsia Allah dan tidak menghargai atau mengharapkan imbalan bagi orang yang hidup suci serta meremehkan ganjaran orang yang tidak bercela.
23. Allah mencipta kita untuk hidup kekal; Dia mencipta kita menurut gambar-Nya sendiri.
24. Tetapi kerana syaitan iri hati, maut masuk ke dalam dunia, dan orang yang memihak syaitan akan mati.