12. Mari kita cari kesempatan untuk menyingkirkan orang baik, kerana mereka mengganggu kita dan menentang perbuatan kita. Kita dituduh melanggar Taurat Musa dan dicela kerana menyalahkan pendidikan kita.
13. Katanya mereka mengenali Allah dan mereka mengaku diri anak Tuhan.
14. Bagi kita mereka merupakan celaan atas fikiran kita; melihat mereka saja sudah berat rasanya.
15. Hal itu demikian kerana mereka tidak seperti orang biasa; segala tingkah laku mereka aneh.
16. Mereka menganggap kita penipu dan menjauhkan cara hidup kita seolah-olah hal itu najis. Mereka berbangga bahawa Allah itu Bapa mereka, dan percaya bahawa orang baik akan berbahagia pada akhir hidup mereka.
17. Cuba kita lihat sama ada perkataan mereka itu benar dan apa yang terjadi pada waktu mereka mati.
18. Kalau orang baik itu sungguh anak Allah, pasti Allah menolong dan menyelamatkan mereka daripada kekuasaan musuh.
19. Oleh itu, mari kita cubai mereka dan kita seksa mereka dengan kejam supaya kita tahu setakat mana kelembutan dan kesabaran hati mereka.
20. Mari kita jatuhi mereka dengan hukuman mati yang memalukan, oleh sebab mereka berkata bahawa Allah pasti datang menolong mereka!”