9. Mereka seperti kuda yang baru dilepaskan di padang rumput dan melonjak-lonjak seperti anak domba sambil memuji Engkau, ya Tuhan, yang telah menyelamatkan mereka.
10. Mereka masih ingat akan pengalaman mereka sebagai orang buangan ketika bumi membiakkan nyamuk ganti ternakan, dan sungai menghasilkan banyak sekali katak ganti ikan.
11. Kemudian ketika umat-Mu sangat merindukan makanan yang lazat, mereka nampak burung-burung yang belum dikenali oleh mereka.
12. Itulah burung puyuh yang datang dari laut untuk menguatkan mereka.
13. Sambaran petir yang dahsyat menandakan hukuman yang segera menimpa orang Mesir yang berdosa. Mereka mendapat hukuman yang setimpal dengan kejahatan mereka, kerana mereka sangat benci kepada orang asing.
14. Penduduk Sodom tidak mahu menerima pendatang yang tidak dikenali oleh mereka, tetapi orang Mesir malah memperhamba tetamu yang telah berbuat baik kepada mereka.
15. Penduduk Sodom dihukum kerana menyambut orang asing dengan permusuhan.
16. Tetapi mula-mula orang Mesir menyambut orang asing dengan perayaan-perayaan gembira dan memberikan hak yang sama kepada mereka, tetapi kemudian menyeksa mereka dengan kerja paksa yang kejam.
17. Oleh itu orang Mesir juga ditimpa kebutaan seperti orang Sodom yang datang ke rumah Lot, orang salih itu, ketika mereka diliputi kegelapan yang pekat dan harus meraba-raba untuk menemukan pintu rumah sendiri.