1. Tetapi kemurkaan-Mu yang tidak kenal ampun menimpa semua orang jahat itu sehingga penghabisan. Engkau sudah tahu sebelumnya apa yang akan dilakukan oleh mereka.
2. Engkau tahu bahawa orang Mesir mengizinkan umat-Mu pergi dan menyuruh mereka berangkat dengan cepat, tetapi akhirnya mereka akan mengubah fikiran dan mengejar umat-Mu.
3-4. Sementara orang Mesir masih berkabung dan meratap di kuburan orang mereka yang sudah mati, mereka lupa akan apa yang telah terjadi. Orang yang diminta dengan sangat supaya pergi dianggap pelarian, dan mereka membuat keputusan bodoh untuk mengejar umat-Mu. Mereka tergerak untuk berbuat begitu supaya mendapat sisa daripada hukuman dan seksaan yang layak bagi mereka.
5. Mereka mati dengan cara yang aneh sementara umat-Mu mengalami suatu perjalanan yang ajaib.
6. Atas perintah-Mu, seluruh hukum alam diubah supaya umat-Mu tidak mendapat celaka.