Kebijaksanaan Salomo 19:1-13 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Tetapi kemurkaan-Mu yang tidak kenal ampun menimpa semua orang jahat itu sehingga penghabisan. Engkau sudah tahu sebelumnya apa yang akan dilakukan oleh mereka.

2. Engkau tahu bahawa orang Mesir mengizinkan umat-Mu pergi dan menyuruh mereka berangkat dengan cepat, tetapi akhirnya mereka akan mengubah fikiran dan mengejar umat-Mu.

5. Mereka mati dengan cara yang aneh sementara umat-Mu mengalami suatu perjalanan yang ajaib.

6. Atas perintah-Mu, seluruh hukum alam diubah supaya umat-Mu tidak mendapat celaka.

7. Mereka melihat awan membayang perkhemahan mereka dan tanah kering muncul di tempat yang mula-mula penuh dengan air. Di antara ombak-ombak yang berbuih di Laut Gelagah nampaklah sebuah lapangan rumput hijau dan jalan yang tanpa rintangan.

8. Seluruh umat-Mu melihat mukjizat itu dan menyeberang di bawah perlindungan-Mu.

9. Mereka seperti kuda yang baru dilepaskan di padang rumput dan melonjak-lonjak seperti anak domba sambil memuji Engkau, ya Tuhan, yang telah menyelamatkan mereka.

10. Mereka masih ingat akan pengalaman mereka sebagai orang buangan ketika bumi membiakkan nyamuk ganti ternakan, dan sungai menghasilkan banyak sekali katak ganti ikan.

11. Kemudian ketika umat-Mu sangat merindukan makanan yang lazat, mereka nampak burung-burung yang belum dikenali oleh mereka.

12. Itulah burung puyuh yang datang dari laut untuk menguatkan mereka.

13. Sambaran petir yang dahsyat menandakan hukuman yang segera menimpa orang Mesir yang berdosa. Mereka mendapat hukuman yang setimpal dengan kejahatan mereka, kerana mereka sangat benci kepada orang asing.

Kebijaksanaan Salomo 19