6. Tetapi nenek moyang kami sudah diberitahu sebelumnya apa yang akan terjadi pada malam itu. Dengan demikian mereka dapat bergembira kerana mendapat kepastian tentang janji-janji-Mu yang telah diimani oleh mereka.
7. Umat-Mu menjadi yakin bahawa Engkau menyelamatkan orang yang taat kepada-Mu dan membinasakan musuh-musuh mereka.
8. Dengan satu tindakan Engkau menghukum musuh kami dan memberi kami kemuliaan setelah memanggil kami menjadi umat-Mu.
9. Sementara itu umat-Mu, keturunan para leluhur yang baik, diam-diam mempersembahkan korban Paska. Mereka sama-sama berjanji akan mentaati hukum-Mu dan setia kawan dalam keadaan sejahtera mahupun dalam keadaan bahaya. Sebelumnya mereka telah menyanyikan lagu-lagu pujian para leluhur.
10. Tetapi lagu-lagu itu dijawab dengan tangisan yang sedih daripada musuh. Ratapan orang yang menangisi anak-anak mereka terdengar sehingga jauh.
11. Baik hamba mahupun tuan dihukum dengan seksaan yang sama. Raja dan rakyatnya sama-sama menderita.
12. Anak-anak mereka sekalian mati dengan cara yang sama. Jumlahnya tidak terhitung, sehingga orang yang hidup tidak cukup untuk menguburkan mereka, oleh sebab dengan satu pukulan anak-anak mereka yang paling berharga telah dibunuh.
13. Semua orang itu tidak percaya kepada apa pun kerana bergantung kepada ilmu sihir mereka. Tetapi sesudah anak-anak sulung mereka dibunuh, barulah mereka mengakui bangsa Israel sebagai anak-anak Allah.
14. Sementara segala sesuatu sunyi senyap, dan malam dalam peredarannya yang singkat sudah setengah berlalu,