20. Maut juga mendatangi umat-Mu, kerana banyak antara mereka mati di padang gurun. Tetapi kemurkaan-Mu tidak berlangsung lama.
21. Harun, yang tidak bercela, segera maju untuk membela mereka. Sebagai imam, dia memanjatkan doa dan membakar kemenyan untuk mohon ampun terhadap dosa mereka. Dengan doa dan kemenyan sebagai senjata, dia menahan kemurkaan-Mu dan mengakhiri bencana itu. Dengan perbuatan itu dia menunjukkan bahawa dia hamba-Mu.
22. Dia meredakan kemurkaan-Mu bukan dengan tenaga jasmani atau dengan kekuatan senjata, melainkan dengan doa, dan mengingatkan Engkau akan perjanjian yang Kauberikan dengan sumpah kepada nenek moyang kami.