16. Perintah-Mu yang tegas itu dijalankannya dengan memegang pedang yang tajam. Dia berdiri tegak, kakinya di bumi dan kepalanya sampai di langit, lalu menyebarkan maut di seluruh negeri.
17. Dengan serta-merta orang diganggu oleh bayangan mimpi yang mengerikan dan dicekam oleh ketakutan yang tiba-tiba.
18. Orang yang hampir mati bergelumang di mana-mana, sambil menyatakan apa sebabnya mereka mati.
19. Hal itu sudah diberitahukan kepada mereka dalam mimpi yang mengerikan itu, supaya mereka tidak mati tanpa mengetahui sebabnya mereka ditimpa bencana.
20. Maut juga mendatangi umat-Mu, kerana banyak antara mereka mati di padang gurun. Tetapi kemurkaan-Mu tidak berlangsung lama.
21. Harun, yang tidak bercela, segera maju untuk membela mereka. Sebagai imam, dia memanjatkan doa dan membakar kemenyan untuk mohon ampun terhadap dosa mereka. Dengan doa dan kemenyan sebagai senjata, dia menahan kemurkaan-Mu dan mengakhiri bencana itu. Dengan perbuatan itu dia menunjukkan bahawa dia hamba-Mu.