5. Tidak ada api yang dapat memberi cahaya kepada mereka, dan bintang-bintang yang cemerlang pun tidak mampu menerangi malam yang keji itu.
6. Yang nampak bagi mereka hanya api menakutkan yang tidak dinyalakan oleh tangan manusia. Selepas benda yang dilihat itu lenyap, mereka tetap ketakutan dan apa yang dilihat itu dianggap lebih mengerikan lagi.
7. Sia-sialah segala tipuan hasil ilmu sihir mereka, dan segala kepandaian yang dibualkan oleh mereka ternyata tidak ada gunanya.
8. Ada orang yang berjanji akan mengusir segala ketakutan dan kekacauan daripada orang yang sakit jiwa. Tetapi sekarang mereka sendiri yang sakit kerana ketakutan yang patut ditertawakan.
9. Bahkan kalau tidak ada apa-apa yang menakutkan, mereka terkejut kerana binatang yang lalu atau ular yang berdesis.
10. Maka matilah mereka, gementar ketakutan. Mereka enggan melihat kenyataan, meskipun tidak dapat dihindari.
11. Memang orang jahat adalah pengecut. Mereka dihukum oleh kesaksian hati mereka sendiri. Mereka tertekan oleh suara hati mereka, sehingga kesulitan mereka bertambah-tambah,