2. Mereka menyangka dunia ini dikuasai oleh dewa-dewa berupa angin atau api, taufan atau air bergelora, bintang-bintang atau benda-benda penerang di angkasa.
3. Mereka sangat menyukai keindahannya, sehingga benda-benda itu dianggap oleh mereka sebagai Allah. Seharusnya mereka mengerti bahawa Penguasa semua itu jauh lebih mulia, oleh sebab Bapa segala keindahan itulah yang mencipta semuanya.
4. Mereka terpesona oleh kuasa dan daya kerja segala yang ada. Jadi seharusnya mereka menyedari bahawa Pencipta semua itu jauh lebih berkuasa.
5. Dengan membandingkan kebesaran dan keindahan segala ciptaan, orang dapat mengenali Pencipta semuanya.
6. Tetapi mereka tidak begitu bersalah. Mereka barangkali tersesat sementara berusaha untuk mencari Allah.
7. Mereka terus mempelajari karya Allah di sekeliling mereka dan sangat terpikat oleh apa yang dilihat oleh mereka, kerana memang indahlah semua itu.
8. Tetapi walaupun begitu mereka tidak dapat dimaafkan,
9. kerana kalau mereka mampu mempelajari sebanyak itu dan dapat menyelidiki alam semesta, seharusnya mereka segera menemui Penguasa semuanya.
10. Tetapi celakalah orang yang menaruh harapan pada benda-benda mati dan yang menyembah benda-benda buatan manusia, karya seni berupa binatang daripada perak atau emas, atau daripada batu tidak berguna yang dipahat pada zaman kuno.
11. Boleh jadi seorang tukang kayu yang mahir menggergaji sebatang pokok yang mudah dikerjakan. Dia mengulitinya dengan teliti lalu mengerjakannya sebagaimana mestinya dan membentuknya menjadi perkakas yang bermanfaat.
12. Sisanya dijadikan kayu api untuk memasak makanan. Lalu dia makan sehingga kenyang.