25. Maka mereka Kauperlakukan seperti anak kecil yang tidak berfikir, dan Kauhukum dengan hukuman yang mencemuh mereka.
26. Tetapi orang yang tidak mahu memperhatikan peringatan yang mencemuh itu akan mengalami hukuman Allah yang setimpal.
27. Ketika diseksa dengan binatang pujaan mereka, mereka menjadi marah. Lalu mata mereka terbuka dan mereka mengakui bahawa Allah yang dahulu mereka sangkal ialah Allah yang benar. Itulah sebabnya mereka ditimpa hukuman yang paling berat.