Kebijaksanaan Salomo 12:1-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Roh-Mu yang kekal ada di dalam mereka masing-masing dan

2. dengan halus Engkau tegur orang yang berdosa. Engkau ingatkan mereka akan perbuatan mereka supaya menjauhkan kejahatan, dan agar mereka percaya kepada-Mu, ya Tuhan.

3-4. Engkau membenci juga penduduk lama negeri-Mu yang suci kerana perbuatan mereka yang keji. Mereka melakukan sihir dan upacara najis.

5. Dalam upacara-upacara rahsia, mereka berpesta pora secara liar. Tanpa kasihan mereka membunuh anak-anak mereka dan makan darah dan daging manusia.

6. Orang tua membunuh anak-anak mereka yang tidak berdaya. Oleh itu Engkau menghendaki supaya mereka dibinasakan oleh nenek moyang kami,

7. supaya negeri yang Engkau anggap paling berharga mendapat penghuni yang sesuai iaitu anak-anak-Mu.

Kebijaksanaan Salomo 12