11. Baik dekat mahupun jauh, mereka semua kena seksaan.
12. Kesedihan mereka dua kali lipat, dan mereka merintih apabila teringat akan apa yang telah terjadi.
13. Ketika mendengar bahawa hukuman yang menimpa mereka menjadi berkat bagi bangsa Israel, mereka menyedarinya sebagai perbuatan Tuhan.
14. Bangsa Mesir tidak mahu berurusan dengan seseorang yang pada masa kecilnya dibuang oleh mereka; mereka menolaknya dengan caci maki. Tetapi semua kejadian itu akhirnya membuat mereka kagum kepadanya, setelah mereka menderita kehausan yang berbeza daripada kehausan orang baik.
15. Orang Mesir disesatkan oleh fikiran mereka yang bodoh dan jahat, sehingga mereka menyembah ular dan binatang lain yang hina, makhluk-makhluk yang tidak berakal. Oleh itu Kaudatangkan jutaan binatang yang tidak berakal untuk menghukum mereka.
16. Maksudnya supaya mereka tahu bahawa orang dihukum dengan apa yang telah digunakan mereka untuk berbuat dosa.