1. Kebijaksanaan membuat usaha bangsa Israel berhasil melalui seorang nabi yang suci.
2. Mereka menempuh padang gurun yang tidak berpenghuni dan berkhemah di tempat-tempat yang sepi.
3. Mereka bertahan terhadap musuh dan menangkis serangan lawan.
4. Ketika umat-Mu kehausan, mereka berseru kepada-Mu, ya Tuhan, lalu Kaupuaskan mereka dengan air yang keluar dari bukit batu.
5. Air yang menjadi hukuman bagi Mesir menjadi berkat bagi umat-Mu dalam kesengsaraan mereka.
6. Sungai musuh yang melimpah airnya Kaukotori dengan darah,
7. kerana mereka mengeluarkan perintah untuk membunuh anak-anak umat-Mu. Tetapi dengan tidak disangka-sangka, Kauberikan air yang berlimpah-limpah kepada umat-Mu.