16. Kebijaksanaan mengilhami seorang hamba Tuhan dan dengan banyak keajaiban menentang raja-raja yang menakutkan.
17. Kebijaksanaan memberi umat Allah upah jerih payah mereka, dan membimbing mereka melalui jalan yang ajaib. Kebijaksanaan menjadi naungan pada waktu siang dan cahaya bintang pada waktu malam bagi mereka.
18. Kemudian kebijaksanaan menghantar mereka melalui Laut Gelagah yang dalam.
19. Tetapi musuh-musuh mereka ditenggelamkannya dan mayat-mayat mereka dihanyutkannya ke pantai.
20. Orang baik merampas harta orang yang tidak mengenali Allah. Oleh itu mereka menyanyikan puji-pujian bagi nama-Mu yang suci, ya Tuhan. Mereka bersama-sama memuji Engkau, kerana Engkau telah membela mereka.
21. Kebijaksanaan membuat orang bisu dapat bercakap dan membuat kanak-kanak bercakap dengan lancar.