12. Kebijaksanaan melindunginya daripada musuh-musuh yang mengadang, dan memberinya kemenangan dalam pertempuran yang sengit, supaya dia tahu bahawa tidak ada orang yang lebih kuat daripada yang mengabdi kepada Allah.
13. Kebijaksanaan tetap menyertai seseorang yang dijual sebagai hamba. Kebijaksanaan menjaganya daripada dosa,
14. dan mengikutinya ke dalam penjara. Di sana kebijaksanaan tidak pernah meninggalkannya sehingga dia telah diberi kuasa terhadap suatu kerajaan, dan dijadikan penguasa bagi orang yang telah menindasnya. Dengan demikian kebijaksanaan menunjukkan bahawa dia telah dituduh dengan palsu. Kemudian kebijaksanaan memberi dia kemuliaan abadi.
15. Kebijaksanaan menyelamatkan suatu bangsa yang suci dan tidak bercela daripada bangsa lain yang menindas mereka.
16. Kebijaksanaan mengilhami seorang hamba Tuhan dan dengan banyak keajaiban menentang raja-raja yang menakutkan.
17. Kebijaksanaan memberi umat Allah upah jerih payah mereka, dan membimbing mereka melalui jalan yang ajaib. Kebijaksanaan menjadi naungan pada waktu siang dan cahaya bintang pada waktu malam bagi mereka.