Kebijaksanaan Salomo 1:6-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

6. Kebijaksanaan ialah roh yang murah hati, tetapi ia tidak mengampuni orang yang mengutuk Allah, oleh sebab Allah tahu akan fikiran dan perasaannya yang paling dalam dan mendengar semua perkataannya.

7. Roh Tuhan memenuhi seluruh bumi. Dia menguasai segala-galanya dan mengetahui semua perkataan manusia.

8. Orang yang bercakap jahat tidak akan terlepas; suatu ketika dia akan menerima hukuman yang setimpal.

9. Rancangan orang jahat akan diselidiki dan perkataan mereka disampaikan kepada Tuhan, supaya mereka dihukum kerana pelanggaran mereka.

10. Hal itu demikian, kerana Allah yang cemburu mendengar segala sesuatu, malahan sungutan orang pun tidak tersembunyi.

11. Jadi waspadalah, jangan bersungut-sungut kerana hal itu tidak ada gunanya. Jangan juga memfitnah oleh sebab percakapan rahsia mesti ada akibatnya dan engkau akan binasa kerana berdusta.

Kebijaksanaan Salomo 1