Imamat 8:20-21-29 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. Kumpulkanlah semua orang Israel di depan pintu Khemah-Ku.”

4. Musa melakukan apa yang diperintahkan oleh TUHAN. Setelah segenap umat itu berkumpul,

5. Musa berkata kepada mereka, “Apa yang aku lakukan sekarang ini adalah perintah TUHAN.”

6. Kemudian Musa membawa Harun dan anak-anaknya ke hadapan, lalu melakukan upacara pembasuhan diri bagi mereka.

7. Setelah itu Musa mengenakan pakaian imam pada Harun: baju labuh, jubah, dan ikat pinggang. Dia juga mengenakan efod pada Harun. Musa mengikat efod itu pada pinggang Harun dengan ikat pinggang yang ditenun halus.

8. Musa juga mengenakan penutup dada pada Harun lalu memasukkan Urim dan Tumim ke dalam penutup dada itu.

9. Musa mengikatkan serban pada kepala Harun, dan pada bahagian depan serban itu Musa menyematkan perhiasan emas sebagai tanda pentahbisan, sebagaimana yang diperintahkan oleh TUHAN.

20-21. Dia memotong domba jantan itu, mencuci isi perut dan paha domba itu dengan air. Kemudian dia membakar kepala, lemak, dan sisa domba jantan itu di atas mazbah, sebagaimana yang diperintahkan oleh TUHAN. Korban untuk menyenangkan hati TUHAN ini adalah persembahan makanan, dan baunya menyenangkan hati TUHAN.

22. Setelah itu Musa membawa domba jantan yang seekor lagi untuk pentahbisan imam, lalu Harun dan anak-anaknya meletakkan tangan mereka di atas kepala domba jantan itu.

23. Musa menyembelih domba jantan itu. Kemudian dia mengambil sedikit darah domba itu dan menyapukannya pada cuping kanan telinga Harun, dan pada ibu jari tangan kanannya, dan juga pada ibu jari kaki kanannya.

24. Kemudian Musa membawa anak-anak Harun ke hadapan. Lalu Musa menyapukan sedikit darah domba itu pada cuping kanan telinga mereka, pada ibu jari tangan kanan mereka, dan juga pada ibu jari kaki kanan mereka. Kemudian Musa menyiramkan darah yang selebihnya pada keempat-empat sisi mazbah.

25. Musa mengambil lemak domba itu, dan juga ekornya yang berlemak, lemak yang membungkus isi perutnya, bahagian terbaik daripada hatinya, buah pinggang serta lemaknya, dan paha kanan domba itu.

26. Selepas itu, Musa mengambil seketul roti dari sebakul roti yang tidak beragi, yang sudah ditahbiskan untuk TUHAN, dan juga seketul roti tebal yang dibuat dengan minyak, serta sekeping roti nipis, lalu meletakkan semuanya di atas lemak dan paha kanan domba jantan itu.

27. Dia meletakkan semua makanan itu di tangan Harun dan anak-anaknya, lalu mereka mempersembahkan semuanya sebagai persembahan istimewa bagi TUHAN.

28. Kemudian Musa mengambil makanan itu daripada mereka dan membakarnya di atas mazbah, di atas korban untuk menyenangkan hati TUHAN, sebagai korban yang dipersembahkan semasa pentahbisan. Korban ini adalah persembahan makanan, dan baunya menyenangkan hati TUHAN.

29. Selepas itu Musa mengambil dada domba itu dan mempersembahkannya sebagai persembahan istimewa bagi TUHAN. Itulah bahagian bagi Musa daripada domba jantan yang dipersembahkan untuk pentahbisan imam. Musa melakukan segala-galanya sebagaimana yang diperintahkan oleh TUHAN.

Imamat 8