1. Inilah peraturan bagi korban untuk membayar ganti rugi; korban ini sangat suci.
2. Binatang untuk korban ini harus disembelih di sebelah utara mazbah, di tempat menyembelih binatang bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan darahnya harus disiramkan pada keempat-empat sisi mazbah itu.
3. Semua lemak binatang itu harus dipisahkan lalu dipersembahkan di atas mazbah: ekor yang berlemak, lemak yang membungkus isi perut,
4. buah pinggang dan lemaknya, dan juga bahagian yang terbaik daripada hati binatang itu.
5. Imam harus membakar semua lemak itu di atas mazbah sebagai persembahan makanan kepada TUHAN; korban ini ialah korban untuk membayar ganti rugi.
6. Setiap orang lelaki daripada keluarga imam boleh makan daging korban ini, tetapi mereka mesti memakannya di tempat yang khas kerana korban ini sangat suci.