1. TUHAN berfirman, “Jangan buat berhala, dan jangan dirikan patung, tugu berhala atau batu berukir untuk disembah. Akulah TUHAN, Allah kamu.
2. Rayakanlah hari Sabat dan hormatilah tempat Aku disembah. Akulah TUHAN.
3. Jika kamu hidup menurut hukum-Ku dan taat kepada perintah-Ku,
4. Aku akan menurunkan hujan pada waktunya supaya tanah kamu dapat mengeluarkan hasil, dan pokok-pokok akan berbuah.
34-35. Pada masa itu, sementara kamu berada dalam pembuangan di negeri musuh kamu, tanah yang tidak kamu biarkan berehat semasa kamu mendiaminya, akan terlantar dan mendapat kesempatan berehat.