3. Ada enam hari untuk kamu bekerja, tetapi ingatlah bahawa hari ketujuh, iaitu hari Sabat, adalah hari rehat. Jangan bekerja pada hari itu, tetapi berkumpullah untuk beribadat. Hari Sabat itu hari yang dikhaskan bagi TUHAN, di mana sahaja kamu tinggal.
4. Yang berikut adalah perayaan-perayaan yang sudah ditetapkan oleh TUHAN, dan mesti diisytiharkan pada masa-masa yang ditetapkan.
5. Perayaan Paska, yang dirayakan untuk menghormati TUHAN, bermula pada saat matahari terbenam, pada hari keempat belas bulan pertama.
6. Pada hari kelima belas, Perayaan Roti Tidak Beragi akan bermula. Selama tujuh hari kamu tidak boleh makan roti yang beragi.
7. Pada hari pertama perayaan itu, kamu harus berkumpul untuk beribadat, dan jangan lakukan pekerjaan harian.
8. Selama tujuh hari, kamu harus mempersembahkan persembahan makanan kepada TUHAN. Pada hari ketujuh, sekali lagi kamu harus berkumpul untuk beribadat, dan jangan lakukan pekerjaan harian.
23-24. Hari pertama bulan ketujuh harus dirayakan sebagai hari yang khas untuk berehat. Apabila trompet ditiup pada hari itu, kamu harus berkumpul untuk beribadat.
25. Persembahkanlah persembahan makanan kepada TUHAN, dan jangan lakukan pekerjaan harian pada hari itu.
26-27. Hari kesepuluh bulan tujuh adalah hari untuk melakukan upacara tahunan bagi pengampunan dosa umat Israel. Pada hari itu kamu harus berpuasa dan berkumpul untuk beribadat, serta mempersembahkan persembahan makanan kepada TUHAN.
28. Jangan bekerja pada hari itu, kerana hari itu adalah hari untuk melakukan upacara pengampunan dosa, supaya kamu mendapat keampunan di hadapan TUHAN, Allah kamu.
29. Sesiapa yang makan pada hari itu tidak lagi dianggap sebagai anggota umat Allah.
30. Sesiapa yang bekerja pada hari itu akan dibinasakan oleh TUHAN sendiri.
31. Peraturan ini mesti dipatuhi oleh semua keturunan kamu, di mana sahaja mereka tinggal.
32. Mulai dari saat matahari terbenam pada hari kesembilan bulan itu, sehingga saat matahari terbenam pada hari kesepuluh bulan yang sama, kamu harus merayakannya seperti hari Sabat, hari yang khas untuk berehat. Kamu mesti berpuasa sepanjang hari itu.
33-34. Perayaan Pondok Daun bermula pada hari kelima belas bulan ketujuh dan berlangsung selama tujuh hari.
35. Pada hari pertama perayaan itu, kamu harus berkumpul untuk beribadat. Jangan lakukan pekerjaan harian pada hari itu.
36. Setiap hari selama tujuh hari, kamu harus mempersembahkan persembahan makanan. Pada hari kelapan, kamu harus berkumpul lagi untuk beribadat dan kamu harus mempersembahkan persembahan makanan. Hari itu adalah hari untuk beribadat; kamu tidak boleh melakukan pekerjaan harian pada hari itu.
37. Inilah perayaan-perayaan agama yang ditetapkan oleh TUHAN, dan yang mesti kamu rayakan. Pada masa perayaan itu kamu mesti menghormati TUHAN dengan berkumpul bersama-sama untuk beribadat dan mempersembahkan persembahan makanan, korban untuk menyenangkan hati TUHAN, korban untuk mengucap syukur, korban-korban, dan korban wain, sebagaimana yang ditetapkan untuk setiap hari.
38. Perayaan-perayaan itu adalah tambahan kepada hari-hari Sabat yang biasa, dan korban-korban itu adalah tambahan kepada persembahan yang biasa kamu berikan untuk menunaikan nazar ataupun sebagai korban yang dipersembahkan dengan sukarela kepada TUHAN.
39. Pada hari kelima belas bulan ketujuh, sesudah kamu selesai menuai, kamu mesti merayakan perayaan itu selama tujuh hari. Hari pertama dan hari terakhir perayaan itu adalah hari yang khas untuk berehat.