Imamat 21:8-16 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

8. Umat Israel harus mengakui imam sebagai orang yang dikhaskan bagi-Ku kerana imam mempersembahkan persembahan makanan kepada-Ku. Akulah TUHAN; Aku ini suci dan Aku menyucikan umat-Ku.

9. Jika anak perempuan seorang imam menjadi pelacur, dia menghina bapanya; perempuan itu mesti dibakar sampai mati.

10. Imam Agung sudah ditahbiskan dengan menuangkan minyak upacara ke atas kepalanya, dan dengan mengenakan pakaian imam agung padanya. Oleh itu dia tidak boleh membiarkan rambutnya kusut, atau mengoyakkan pakaiannya untuk menunjukkan bahawa dia berkabung.

13. Imam Agung harus berkahwin dengan seorang anak dara.

14. Dia tidak boleh berkahwin dengan seorang balu, atau perempuan yang sudah bercerai, atau perempuan bekas pelacur. Dia hanya boleh berkahwin dengan seorang anak dara daripada puaknya sendiri.

15. Jika dia melanggar peraturan itu, anak-anaknya yang seharusnya suci, akan menjadi najis. Akulah TUHAN dan Aku sudah mengkhususkan dia sebagai Imam Agung.”

16. TUHAN menyuruh Musa

Imamat 21