1. TUHAN memerintah Musa menyampaikan perintah ini kepada imam-imam keturunan Harun, “Seorang imam tidak boleh menajiskan diri dengan mengikuti upacara penguburan seorang sanak saudaranya,
2. kecuali orang yang meninggal itu ibunya, bapanya, anak lelakinya, anak perempuannya, saudara lelakinya,
3. atau saudara perempuannya yang belum berkahwin dan tinggal serumah dengan dia.
4. Dia tidak boleh menajiskan diri dengan mengikuti upacara penguburan saudara mara isterinya.
5. Seorang imam tidak boleh membotakkan bahagian mana pun kepalanya, atau menggunting janggutnya, atau melukai tubuhnya untuk menunjukkan bahawa dia berkabung.
6. Seorang imam harus suci dan tidak boleh menghina nama-Ku. Dia mempersembahkan persembahan makanan kepada-Ku, kerana itu dia harus suci.
7. Seorang imam tidak boleh berkahwin dengan pelacur perempuan, atau perempuan yang bukan dara lagi, atau perempuan yang sudah bercerai, kerana imam dikhaskan untuk Aku.
11-12. Dia sudah dikhaskan untuk Aku, oleh itu dia tidak boleh menajiskan diri. Dia tidak boleh meninggalkan Khemah-Ku lalu masuk ke rumah yang ada jenazah, walaupun jenazah itu jenazah bapa atau ibunya sendiri. Perbuatannya itu menajiskan Khemah-Ku.