Imamat 18:8-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

8. Jangan hina bapa kamu dengan menyetubuhi salah seorang isterinya.

9. Jangan bersetubuh dengan saudara perempuan kamu, sama ada saudara sekandung ataupun saudara tiri, sama ada yang dibesarkan serumah dengan kamu ataupun yang dibesarkan di rumah lain.

10. Jangan bersetubuh dengan cucu perempuan kamu. Hal ini akan menghina diri kamu sendiri.

11. Jangan bersetubuh dengan saudara perempuan kamu, sama ada yang sebapa lain ibu atau seibu lain bapa, kerana dia juga saudara kamu.

Imamat 18