37. dan memeriksa kulapuk di situ. Jika imam mendapati bintik-bintik yang kehijau-hijauan atau kemerah-merahan yang kelihatannya meresap pada tembok itu,
38. dia harus keluar dari rumah itu lalu menguncinya selama tujuh hari.
39. Pada hari ketujuh, imam akan kembali untuk memeriksa kulapuk itu. Jika kulapuk itu merebak,
40. dia harus memberikan arahan supaya batu-batu yang kena kulapuk itu ditanggalkan lalu dibuang di tempat yang najis di luar kota.
41. Setelah itu seluruh tembok rumah itu mesti dikikis, lalu kikisannya dibuang ke tempat yang najis di luar kota.
42. Batu-batu baru harus digunakan untuk menggantikan batu-batu yang sudah dibuang. Seluruh tembok rumah itu harus dilapis dengan lepa baru.
43. Jika kulapuk itu muncul semula di dalam rumah selepas batu-batu itu sudah diganti, dan temboknya sudah dikikis serta dilepa semula,
44. imam harus pergi memeriksanya. Jika kulapuk itu merebak, rumah itu najis.
45. Rumah itu mesti dirobohkan, lalu batu-batunya, kayunya dan semua lepanya mesti dibawa ke luar kota, ke tempat yang najis.
46. Sesiapa yang masuk ke dalam rumah itu ketika masih terkunci akan najis sehingga matahari terbenam.
47. Sesiapa yang tidur atau makan di dalam rumah itu mesti mencuci pakaiannya.
48. Tetapi apabila imam datang untuk memeriksa rumah itu, dan menurut pemeriksaannya kulapuk tidak terdapat lagi di dalam rumah yang sudah dilepa semula itu, imam harus mengumumkan bahawa rumah itu tahir kerana semua kulapuk sudah hilang.