Imamat 14:13-16 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

13. Imam harus menyembelih anak domba itu di tempat yang suci, tempat orang menyembelih binatang bagi korban untuk mengampunkan dosa dan korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Imam mesti melakukan perkara ini kerana korban untuk membayar ganti rugi serta korban untuk mengampunkan dosa sangat suci, dan menjadi milik imam.

14. Imam akan mengambil sedikit darah anak domba itu lalu menyapukannya pada cuping telinga kanan, ibu jari tangan kanan, dan pada ibu jari kaki kanan orang yang akan dinyatakan tahir.

15. Kemudian imam akan mengambil sedikit daripada minyak zaitun dan menuangkan minyak itu pada telapak tangan kirinya,

16. lalu mencelupkan jari tangan kanannya di dalam minyak itu dan memercikkannya tujuh kali di dalam Khemah TUHAN.

Imamat 14