1. TUHAN memberi Musa dan Harun peraturan-peraturan berikut
2. bagi umat Israel. Kamu boleh makan binatang darat apa sahaja
3. yang berkuku belah dan yang memamah biak.
13-19. Burung-burung yang berikut tidak boleh kamu makan: burung rajawali, burung hantu, semua jenis burung helang, burung nasar, burung gagak, burung unta, burung camar, burung ranggung, burung pucung, dan semua jenis burung bangau, burung undan, burung kosa, dan kelawar.
24-28. Seseorang yang menyentuh bangkai binatang yang berikut akan menjadi najis sehingga matahari terbenam: semua binatang yang berkuku, kecuali yang berkuku belah dan yang memamah biak, dan semua binatang yang berkaki empat dan yang mempunyai cakar. Sesiapa yang membawa bangkai binatang jenis ini mesti mencuci pakaiannya, tetapi dia tetap najis sehingga matahari terbenam.
29-30. Tikus mondok, tikus, cicak, biawak, dan semua jenis bengkarung mesti dianggap haram.