3. Tiap-tiap Imam Agung dilantik untuk mempersembahkan persembahan dan korban binatang kepada Allah; demikian juga Imam Agung kita mesti mempunyai sesuatu untuk dipersembahkan.
4. Andaikata Dia di bumi ini, Dia tidak akan menjadi imam, kerana sudah ada imam yang mempersembahkan korban menurut Taurat orang Yahudi.
5. Tugas yang dilakukan mereka sebagai imam, sebenarnya hanya suatu gambaran dan bayangan daripada apa yang di syurga. Demikian juga halnya dengan Musa dahulu. Ketika dia hendak mendirikan Khemah Tuhan, Allah berfirman kepadanya, “Ingatlah, engkau harus membuat segala-galanya menurut contoh yang ditunjukkan kepadamu di atas gunung itu.”
6. Tetapi sekarang Yesus diberikan tugas imam yang jauh lebih mulia daripada yang dijalankan imam-imam itu, kerana perjanjian yang diadakan-Nya antara Allah dengan manusia adalah lebih baik. Perjanjian itu berdasarkan janji tentang perkara-perkara yang lebih baik.