Ibrani 11:39-40 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

39. Alangkah besarnya kejayaan yang dicapai oleh semua orang itu kerana iman mereka! Namun mereka tidak menerima apa yang dijanjikan oleh Allah,

40. kerana Allah mempunyai rancangan yang lebih baik bagi kita. Dia merancang bahawa hanya bersama-sama kita, mereka akan menjadi sempurna.

Ibrani 11