Ibrani 11:35-37 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

35. Kerana beriman, kaum wanita mendapat kembali sanak keluarga yang sudah dibangkitkan daripada kematian.Ada pula yang rela diseksa sampai mati, dan menolak untuk dibebaskan, kerana ingin dihidupkan kembali bagi kehidupan yang lebih baik.

36. Ada yang diolok-olok dan dicambuk. Ada juga yang dirantai dan dipenjarakan.

37. Ada yang direjam sehingga mati, ada yang dipotong menjadi dua dengan gergaji, dan ada pula yang dibunuh dengan pedang. Mereka mengembara dengan berpakaian kulit domba atau kambing. Mereka miskin, dianiaya, dan diseksa.

Ibrani 11