1. TUHAN berfirman, “Bunyikanlah tanda kecemasan! Musuh sedang menyerang negeri-Ku seperti burung helang menyambar mangsa. Umat-Ku telah memungkiri perjanjian-Ku dengan mereka, dan melanggar hukum-Ku.
2. Meskipun mereka mengakui Aku sebagai Allah, dan berkata bahawa mereka umat-Ku yang mengenal Aku,
3. namun mereka telah menolak perkara yang baik. Oleh itu musuh akan mengejar mereka.
4. Umat-Ku memilih raja-raja tanpa meminta pendapat-Ku. Mereka melantik pemimpin-pemimpin tanpa mendapat persetujuan-Ku. Mereka mengambil emas dan perak dan membuat patung-patung berhala yang mengakibatkan kebinasaan mereka.
5. Aku benci akan lembu emas yang disembah penduduk kota Samaria. Aku sangat murka kepada mereka. Sampai bilakah mereka akan terus menyembah berhala?
6. Seorang tukang di Israel membuat patung berhala; patung itu bukan Allah! Patung lembu emas yang disembah di Samaria itu akan dihancurkan.