14. Seperti seekor singa, Aku akan menyerang suku Israel dan suku Yehuda. Aku sendiri akan mencabik-cabik mereka lalu meninggalkan mereka. Aku akan menyeret mereka, dan tidak seorang pun dapat menyelamatkan mereka.
15. Aku akan meninggalkan umat-Ku sehingga mereka cukup menderita kerana dosa mereka, lalu mereka datang mencari Aku. Mungkin dalam penderitaan, mereka akan berusaha untuk mencari Aku.”