Hosea 4:11-13 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

11. TUHAN berfirman “Wain, baik yang lama atau yang baru telah merosakkan fikiran umat-Ku.

12. Mereka minta petunjuk daripada sebatang kayu. Sebatang tongkat memberitahu mereka apa yang ingin diketahui mereka. Mereka telah meninggalkan Aku. Seperti seorang wanita yang menjadi pelacur, mereka telah menyerahkan diri kepada tuhan-tuhan lain.

13. Mereka mempersembahkan korban di tempat-tempat penyembahan berhala di gunung. Mereka membakar kemenyan di bukit, di bawah pokok-pokok besar yang rendang kerana tempat itu teduh.Akibatnya anak-anak perempuan kamu menjadi pelacur, dan menantu-menantu perempuan kamu berzina.

Hosea 4