Hosea 4:1-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. TUHAN mempunyai tuduhan terhadap orang yang tinggal di negeri ini. Hai Israel, dengarlah firman TUHAN. Inilah tuduhan-Nya: “Negeri ini tidak mengenal makna kesetiaan ataupun kasih. Penduduknya tidak mengakui Aku sebagai Allah.

2. Mereka berjanji, tetapi tidak menepati janji. Mereka membohong, membunuh, mencuri, dan berzina. Jenayah semakin bertambah dan pembunuhan terjadi susul-menyusul.

3. Oleh itu tanah mereka akan menjadi kering dan segala sesuatu yang hidup di atasnya akan mati. Segala binatang dan burung, bahkan ikan pun akan mati.”

4. TUHAN berfirman, “Janganlah sesiapa menuduh atau menyalahkan umat-Ku. Tuduhan-Ku terhadap kamu, para imam.

5. Siang malam kamu melakukan kesalahan. Nabi-nabi kamu pun demikian. Oleh itu, Aku akan membinasakan Israel, ibu kamu.

6. Umat-Ku binasa kerana mereka tidak mahu mengakui Aku. Kamu, imam-imam, tidak mempedulikan Aku dan telah menolak ajaran-Ku. Oleh itu Aku pun akan menolak kamu dan tidak mengakui anak-anak kamu sebagai imam-Ku.

Hosea 4