4. Ibu kamu pelacur yang tidak tahu malu. Dia berkata, ‘Aku akan pergi kepada kekasih-kekasihku yang memberi aku makanan dan minuman, bulu domba dan linen, minyak zaitun dan wain.’
5. Oleh itu, Aku akan memagari dia dengan belukar duri dan menutup jalannya dengan tembok.
6. Dia akan mengejar kekasihnya, tetapi tidak akan menyusul mereka. Dia akan mencari mereka, tetapi tidak akan berjumpa dengan mereka. Lalu dia akan berkata, ‘Aku akan pulang kepada suamiku yang pertama; keadaanku dahulu lebih baik daripada sekarang.’
7. Dia tidak mengakui bahawa Aku yang memberi dia gandum, wain, minyak zaitun, dan segala emas serta perak yang digunakannya untuk menyembah Baal.